Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saturday, July 7, 2012

Believe it me, She's my SUPER-DUPER HERO!

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


She's the HERO
She's the MOTHER
She's the FATHER
She's the TAILOR
She's the DOCTOR
She's the NURSE
She's the CAUNSELOR
She's the TEACHER
She's the LAWYER
She's the CHEF


Why?


Masa Lea masih kecil. Lea masih tak lagi tahu menahu apa apa. Semua yang ada di depan mata semua di masukkan ke dalam mulut. Bila lea tercekik, Emak yang paling risau. Dari jauh emak nampak lea macam dah nazak sebab tercekik batu. Hehe. Emak jugak yang berlari lari ke arah lea. Emak yang tepuk belakang badan untuk keluarkan batu. Bila batu itu keluar emak peluk lea dan dukung lea sambil masuk ke dalam rumah.


Bila lea masih kecik lea pernah menangis nakkan sesuatu yang emak tak mampu untuk belikan. Masa tuh keadaan keluarga kita agak susah. Emak terpaksa gadaikan barang emak sebab nak puaskan hati lea.


Bila seluar atau baju lea terkoyak, Emak yang menjadi tukang jahit. Bila lea masih di bangku sekolah rendah, emak yang selalu iron kan baju sekolah lea.


Bila lea mahu makan sesuatu. Emak yang menjadi tukang masak. Masakkan makanan kesukaan lea. Emak tidak pernah jemu. Ah untungnya. ;D Emak selalu manjakan anak perempuannya yang bongsu ini.


Bila lea sakit dan di masukkan ke hospital. Emak yang temankan lea. Bila di malam hari lea mengerang kesakitan. Emak yang bercengkang mata rela berkongsi sama kesakitan lea. Emak yang urutkan lea. Emak yang tadah muntah lea.


Bila lea sudah besar dah belajar di tempat yang jauh. Emak dan AYAH yang selalu telefon lea. Padahal lea jarang telefon mak dan ayah. :'(


Bila lea menangis kerana masalah dengan pelajaran. Emak yang bersengkang mata tidak boleh lena kerna risau memikirkan keadaan anaknya yang bongsu ini. Emak mahukan yang terbaek untuk anaknya.


Bila lea ada masalah laen. Emak yang selalu bagi nasihat dan pendapat. Emak susah hati dengan masalah lea.


Kenapa ya? Kerana Emak adalah seorang EMAK. Dia yang mengandungkan 9 bulan 10 hari, dia yang melahirkan seperti kesakitan yang bagaikan 20 tulang patah dalan keadaan yang serentak. Ya ALLAH, dia yang menyusukan, melampinkan, memberi makan, memberi didikan.


Emak tak pernah mintakan balasannya.
Bertapa mulianya hati mu itu ya Emak =).
Why? Because she is a MOTHER. :)







Soalan: Kalau di pilih antara 125 biji ketul belian dan Emak. Yang mana satukah yang akan di pilih? HAHAHAHAHA! Stupid question! Of course lah my mummy. Sebab bagi lah sebanyak mana pun berlian, permata, emas yang berketul ketul ia boleh di beli atau di ambil di mana mana. Tapi kalau emak, Cari lah kat mana mana pun, kat supermarket ke, kat hypermarket ke. Tetap tak akan jumpak tagline"Mother to SOLD" . Nope. It wouldn't ever be. Ianya tak akan ada sifat fizikal, sifat kasih sayang, dan sifat sifat lain pada emak kita. Jadi, Emak kita hanyalah satu satunya di dunia ini, Tiada dua tiada tiga atau empat lima enam. =)




P/s: Oh yah. I love to reading this.There it is.

1 comment: