السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Perasaan ada pelbagai jenis.
Salah satunya,
Rindu.
Rindu dengan segala macam hal.
Bukan manusia lah kalau tak ada
perasaan rindu bukan?
Kalau tidak pun kena label
manusia yang tak ada perasaan.
Em lumrah manusia.
Tapi,
Memang rindu.
Rindu keadaan bila berhuha-huha
dengan kawan-kawan.
Rindu berlawak kasar dengan
kawan-kawan.
Rindu bergaduh dengan kawan.
Rindu perli memerli dengan kawan.
Rindu kena sound dengan kawan.
Rindu bila kena usik dengan
kawan.
Rindu malu-malu depan kawan
sampai merah muka tak hengat.
Rindu bila menangis depan kawan,
kawan pujuk. Tapi, ada jugak yang buat tak tahu. Lahai
Rindu bertepuk-tampar gelak
ketawa sampai tak hengat dunia.
Rindu tolong ikat tali kasut
kawan.
Rindu tolong kawan buat
assignment, presentation, kuiz yang bawak balik, co1 co2 co3 co4 co5 dan
lakonan dan sebagainya.
Rindu pulun ajak kawan ajak pi
library kononnya nak study nak dekat final.
Rindu pi lepak kat tepi pantai
sampai 1,2 pagi. Ingat anak teruna ka apa?
Rindu bila berlumba-lumba moto
haram bagai dengan kawan dekat lebuhraya AMJ pukul 10.30 malam, padahal takut
kononnya dengar cerita highway tuh gelap dan berhantu.
Rindu bersiar-siar dan berposing
bagai tangkap gambar guna deselar kawan lain dekat tasik dengan kawan yang
kononnya berhantu heh.
Rindu berBBQ dengan kawan sampai
tidoq rumah sewa depa padahal besok pagi pukul
8 ada event besaq dekat kamsis.
Rindu pi hhhovernight dengan
kawan dekat air panas batu berendam pahtuh pi dekat pantai puteri sampai berapa
pagi pun tak tau lah.
Rindu nak pi minum coconut shake
dengan kawan dekat pantai klebang.
Rindu bila buat kerja gila dengan
kawan.
Rindu dengar kawan panggil
‘leiiiyyaaaaa…’. Siap ada dengung dengan panjang 6 harakat lagi.
Rindu bila tiba-tiba ja pi tidoq
rumah sewa kawan, ingat rumah sewa depa RnR ka apa tak pun hotel penginapan
doplohpat jam .
Rindu ajar kawan subjek yang dia
tak paham padahal aku pun bukannya pandai sangat.
Rindu bila tengok muka kawan
masing-masing pucat bila kena marah dengan lecturer.
Rindu berleter dekat kawan suruh jaga
iktilaf, jangan tuh jangan nih. Padahal aku pun 2x5 jah.
Rindu nak berdemand-demand dengan
kawan.
Rindu bila ramai kawan dok bercerita pasal masalah cinta depa. Padahal aku bukannya tera pun pasai chenta-chenta nih.
Rindu bila pi baling mercun
mancis dengan mercun teloq naga dekat
rumah sewa classmate lelaki dengan kawan.
Rindu bila terkurung ja dalam
bilik masa study weak.
Rindu bila beli air tin dekat
mesin gedegang satu ja, tapi rezeki
Allah dapat free 2, cukup lah tiga orang.
Rindu bila keadaan secara
tiba-tibanya rasa nak pi sembahyang isyak berjemaah dekat pusat islam, padahal
sampai sana takdak sorang pun Jemaah perempuan/muslimat.
Rindu sepanjang study week
pakai baju dan seluar yang sama jah.
Rindu sepanjang study week makan maggi ja sebab kafe kejam tak bukak lahai.
Rindu bila stress study
petang-petang pi duduk kat bawah pokok dengan seluar kembang berpetak macam
kain pelekat dah sampai nak maghrib.
Rindu bila tengok kawan nangis
sebab nak berpisah dengan kita masa hari last paper mak dengan ayah dia mai
ambik macam budak-budak kecik. Sebab dia tau kita takkan jumpak sampai
bila-bila dah kot :’)
Rindu,
Rindu bila senja-senja terdengar
surah AR-RAHMAN dekat corong speaker masjid.
Berdayu-dayu,
Bergema serata alam dengan burung
berterbangan di merata tempat.
MasyaAllah, sangat cantik dan
tenang bila keadaan macam tu.
Tapi, bila lagi boleh macam tu?
Keadaan yang macam tu?
Dengan perkataan dan perasaan
rindu ni lah yang boleh buat aku menangis.
Allah has planning everything on
me since I was in my mom’s womb.
A simple word 'Rindu' can clariify everything.
Firman Allah swt dan hadith;
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
(Hadis riwayat al-Hakim)
Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar."
(Surah at-Taubah, ayat 119)
P.s Hanya Allah yang mendengar doa-doa dan keluhan aku.
rindu makan coklet kat coperasi :P rindu nak gado dgn lea. :) hurm. nanti lau ade rezeki aq p sane na. leyh ajak haiza sekali lepak. hehe uma dye da nk dkt gn ko. alahai . sedih plak tetibe. u are the best fren ever. love u xoxox
ReplyDelete