Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Wednesday, May 22, 2013

R.I.N.D.U


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته






Perasaan ada pelbagai jenis.

Salah satunya,
 Rindu.
Rindu dengan segala macam hal.
Bukan manusia lah kalau tak ada perasaan rindu bukan?
Kalau tidak pun kena label manusia yang tak ada perasaan.
Em lumrah manusia.

Tapi,
 Memang rindu.
Rindu keadaan bila berhuha-huha dengan kawan-kawan.
Rindu berlawak kasar dengan kawan-kawan.
Rindu bergaduh dengan kawan.
Rindu perli memerli dengan kawan.
Rindu kena sound dengan kawan.
Rindu bila kena usik dengan kawan.
Rindu malu-malu depan kawan sampai merah muka tak hengat.
Rindu bila menangis depan kawan, kawan pujuk. Tapi, ada jugak yang buat tak tahu. Lahai
Rindu bertepuk-tampar gelak ketawa sampai tak hengat dunia.
Rindu tolong ikat tali kasut kawan.
Rindu tolong kawan buat assignment, presentation, kuiz yang bawak balik, co1 co2 co3 co4 co5 dan lakonan dan sebagainya.
Rindu pulun ajak kawan ajak pi library kononnya nak study nak dekat final.
Rindu pi lepak kat tepi pantai sampai 1,2 pagi. Ingat anak teruna ka apa?
Rindu bila berlumba-lumba moto haram bagai dengan kawan dekat lebuhraya AMJ pukul 10.30 malam, padahal takut kononnya dengar cerita highway tuh gelap dan berhantu.
Rindu bersiar-siar dan berposing bagai tangkap gambar guna deselar kawan lain dekat tasik dengan kawan yang kononnya berhantu heh.
Rindu berBBQ dengan kawan sampai tidoq rumah sewa depa padahal besok pagi pukul  8 ada event besaq dekat kamsis.
Rindu pi hhhovernight dengan kawan dekat air panas batu berendam pahtuh pi dekat pantai puteri sampai berapa pagi pun tak tau lah.
Rindu nak pi minum coconut shake dengan kawan dekat pantai klebang.
Rindu bila buat kerja gila dengan kawan.
Rindu dengar kawan panggil ‘leiiiyyaaaaa…’. Siap ada dengung dengan panjang 6 harakat lagi.
Rindu bila tiba-tiba ja pi tidoq rumah sewa kawan, ingat rumah sewa depa RnR ka apa tak pun hotel penginapan doplohpat jam .
Rindu ajar kawan subjek yang dia tak paham padahal aku pun bukannya pandai sangat.
Rindu bila tengok muka kawan masing-masing pucat bila kena marah dengan lecturer.
Rindu berleter dekat kawan suruh jaga iktilaf, jangan tuh jangan nih. Padahal aku pun 2x5 jah.
Rindu nak berdemand-demand dengan kawan.
Rindu bila ramai kawan dok bercerita pasal masalah cinta depa. Padahal aku bukannya tera pun pasai chenta-chenta nih.
Rindu bila pi baling mercun mancis dengan mercun  teloq naga dekat rumah sewa classmate lelaki dengan kawan.
Rindu bila terkurung ja dalam bilik masa study weak.
Rindu bila beli air tin dekat mesin gedegang satu ja, tapi rezeki  Allah dapat free 2, cukup lah tiga orang.
Rindu bila keadaan secara tiba-tibanya rasa nak pi sembahyang isyak berjemaah dekat pusat islam, padahal sampai sana takdak sorang pun Jemaah perempuan/muslimat.
Rindu sepanjang study week pakai  baju dan seluar yang sama jah.
Rindu  sepanjang study week makan maggi  ja sebab kafe kejam tak bukak lahai.
Rindu bila stress study petang-petang pi duduk kat bawah pokok dengan seluar kembang berpetak macam kain pelekat dah sampai nak maghrib.
Rindu bila tengok kawan nangis sebab nak berpisah dengan kita masa hari last paper mak dengan ayah dia mai ambik macam budak-budak kecik. Sebab dia tau kita takkan jumpak sampai bila-bila dah kot :’)

Rindu,
Rindu bila senja-senja terdengar surah AR-RAHMAN dekat corong speaker masjid.
Berdayu-dayu,
Bergema serata alam dengan burung berterbangan di merata tempat.
MasyaAllah, sangat cantik dan tenang bila keadaan macam tu.
Tapi, bila lagi boleh macam tu?
Keadaan yang macam tu?
Dengan perkataan dan perasaan rindu ni lah yang boleh buat aku menangis.

Allah has planning everything on me since I was in my mom’s womb. 
A simple word 'Rindu' can clariify everything.





Firman Allah swt dan hadith;




"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." 
(Surah at-Taubah, ayat 119)




P.s Hanya Allah yang mendengar doa-doa dan keluhan aku. 


1 comment:

  1. rindu makan coklet kat coperasi :P rindu nak gado dgn lea. :) hurm. nanti lau ade rezeki aq p sane na. leyh ajak haiza sekali lepak. hehe uma dye da nk dkt gn ko. alahai . sedih plak tetibe. u are the best fren ever. love u xoxox

    ReplyDelete